My pregnancy

pregnancy

My pregnancy

pregnancy

Sunday 2 October 2011

KURSUS PRA-PERKAHWINAN

Assalamualaikum...

Syukur diucapkan ke hadrat ilahi kerana memberi ruang dan peluang kepada ana untuk menulis sesuatu di post kali ini. Sepanjang 1 & 2 Oktober lepas ana telah mengikuti kursus pra-perkahwinan anjuran Pejabat Kadi Daerah. Alhamdulillah...barisan penceramah yang mengisi setiap slot ilmu amatlah santai dan mudah difahami gaya pengajaran mereka dan rata-ratanya amatlah mencuit hati sehingga tidak kering gusi ana dan sahabat-sahabat sepanjang 2 hari berada di majlis ilmu tersebut. Silibus dan pengisian kursus berjaya diatur dengan baik sekali oleh pihak penganjur. Dan dari segi ketepatan masa perjalanan majlis juga amatlah memuaskan. Syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat. Dalam post yang seterusnya InsyaAllah ana akan kongsikan bersama sedikit ilmu yang ana dapat daripada majlis ilmu tersebut. Sehingga bertemu kembali ya sahabat semua... :-)

No comments:

Post a Comment